Saturday, July 16, 2011

hati.


sejak kebelakangan ni.. aku rase sangat teruji dari segi emosional dan mental.. kadang kadang tu tertanya tanya la juga.. apa aku tak mempunyai hak untuk rasa bahagia? tapi aku cuba untuk cekalkan hati dengan menanam kayakinan ku pada ALLAH.. kerana aku tau ALLAH sentiasa sayangkan hambanya..

kadang-kadang tu.. aku takut untuk hadapi kenyataan.. takut aku sendiri tak mampu nak hadapi dugaan sebesar itu.. tp aku cuba pujuk hati ini dengan menyatakan bahawa ALLAH tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan dirinya..

banyak sangat bende yang aku fikirkan semenjak aku masuk ke semester 3 pengajian aku ni.. kadang kadang tu pengajian aku agak terganggu la juga.. sebab masalah dalaman ni ssh nak recover.. menangis jangan cakap lah.. aku yang dulu agak ssh menangis boleh mengalirkan air mata hampir tiap2 malam.. haha.. manusia boleh berubah kan..

sabar..sabar..sabar.. tu je yg mampu aku buat sekarang ni.. aku tak boleh mengalah dalam kehiduan sebab aku ada keluarga aku.. aku ade fara,nadia dgn farahim.. diorg syg aku.. aku tak boleh tunjuk contoh tak baik kat diorang. walaupun aku tau diorang jauh lebih matang dari ape yang aku sangkakan..

"ya ALLAH, sempena bulan penuh berkat ini.. kau kabulkan lah doa hambamu ini.. kau berikanlah kami kejayaan dunia akhirat.. kau berikanlah aku kebahagiaan dan kekuatan untuk aku tempuh hidup ini..kau ampunilah dosa kami ya ALLAH.. tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang "

bertolak ansur, mengalah & bersabar-mungkin itulah 'kemenangan' buatku..


No comments: